Showing posts with label surau IMARAH. Show all posts
Showing posts with label surau IMARAH. Show all posts

4 Jul 2015



Assalamualaikum semua. Di sini saya ingin berkongsi idea-idea kreatif yang mungkin dapat membantu kita mengimarahkan surau sekolah.

Sebelum itu tuan puan dijemput menonton montaj Surau Imarah 2014.



1. Dana surau.

Dana surau dapat dijana dengan menggerakkan tabung mingguan sebanyak 10 sen setiap murid pada setiap hari Jumaat. Jika murid Islam di sesebuah sekolah berjumlah 500 orang sudah tentu RM50 dapat dikumpulkan untuk membantu keceriaan dan aktiviti surau.

Wakaf sangat membantu pembangunan surau. Peluang mewakafkan wang tunai perlu dibuka agar seluruh warga sekolah serta ibubapa sedar betapa besarnya pahala orang yang mewakafkan hartanya di jalan Allah.

Maksudnya: Sesiapa yang membina masjid, nescaya Allah Ta'ala akan membina untuknya seumpamanya di syurga.







2. Landskap

Landskap yang cantik perlu ada rumput yang hijau dan bunga yang berwarna warni dan kemudahan rekreasi yang mendamaikan hati. Ia boleh dicapai melalui sarana Ibubapa (PIBG) atau melalui pembahagian sudut kepada panitia-panitia sekolah. Kolaborasi panitia kebiasaannya menghasilkan landskap yang cantik bergantung kepada kreativiti guru-guru.





3. Cat dinding dan mural.

Cat dinding seharusnya kemas dan ceria dan sesuai dengan iklim surau. Dinding yang kosong tidak berfungsi menambah pengetahuan agama murid-murid. Ia seharusnya dipenuhkan dengan mafhum ayat Al-Quran. hadith atau kata-kata hikmah.  Lukisan frame dapat membantu menghadkan kawasan dan menaikkan seri adunan warna.




4. Aktiviti.

Aktiviti yang terdapat dalam instrumen tidak sepatutnya ditinggalkan. Bahkan ia perlu ditambah dengan kreativiti dakwah bagi menarik minat murid ke surau dan menambah pengetahuan murid tentang Islam. Inovasi aktiviti seperti panduan memotong kuku, tabung amanah jualan alat tulis (ala jualan air mineral di masjid), gotong-royong di kuburan, tabung bantuan kemanusiaan mangsa banjir telah menjadi kebiasaan bagi surau yang aktif. 




5. Kemenjadian

Bukti kemenjadian perlu dikumpulkan bagi menguatkan bukti pelaksanaan surau dapat memberi impak yang baik kepada pembangunan akhlak dan penghayatan Islam murid. Penurunan kes salahlaku dan peningkatan akademik berkait rapat dengan aktiviti surau.



7. Replika

Replika yang menarik seperti replika kaabah (menarik minat menunaikan ibadah haji dan umrah), replika kubur (adab ziarah kuburan), tongkat istiwa' dan jam matahari.



8. Buku Tunai

Catatan kewangan yang ringkas perlu direkod dalam buku tunai. Buku tunai punyai 3 kolum (debit, kredit, balance). Bahagian baki (balance) penting bagi melaporkan baki kewangan sedia ada. Pengurusan kewangan yang cekap dan telus mampu menarik orang ramai menyumbang ke tabung surau.






9. Sudut pameran dan informasi

Surau harus ada daya penarik. Antaranya ialah sudut pameran yang berkait dengan kurikulum pendidikan Islam dengan mempamerkan bahan maujud. Begitu juga papan kenyataan yang memuatkan maklumat menarik tentang Islam.




10. Fail

Pengurusan fail yang kemas dan teratur mencerminkan ketelitian dan kesungguhan.





11. Bilik air dan tempat wudhuk





12. Radio sekolah dan galeri

1 Feb 2015


1.    Kekuatan

1.      Kolaborasi dari semua panitia selain panitia pendidikan Islam dapat membuahkan inovasi aktiviti dan inovasi fizikal serta meningkatkan kualiti keceriaan surau seterusnya menarik minat pengunjung ke surau sekolah.

2.      Komitmen yang padu dari pengetua dan guru besar serta dorongan yang mantap dari PPD dan JPN memberikan semangat dalam menjayakan aktiviti surau.

3.      Hubungan dan jaringan surau ke masyarakat luar yang dilaksanakan dapat mendidik warga sekolah peka terhadap kemiskinan, musibah dan bencana yang berlaku disekeliling mereka.

4.      Impak pengurusan aktiviti dan fizikal yang cemerlang menunjukkan penurunan kes salahlaku disiplin murid (sifar mengandung luar nikah) dan peningkatan kehadiran murid ke sekolah dan surau.




2.    Kelemahan

1.      Terdapat surau yang dipantau masih tidak menepati pengurusan kewangan yang dikehendaki terutama berkaitan buku tunai, buku resit, buku baucer dan buku bil.


2.      Terdapat sekolah yang tidak bersedia untuk sesi pembentangan dan ada yang membentangkan perkara yang tiada kaitan dengan aktiviti surau.