Showing posts with label aktiviti. Show all posts
Showing posts with label aktiviti. Show all posts

21 May 2020


Pertandingan Program Adab dan Nilai secara dalam talian 
anjuran Bahagian Pendidikan Islam KPM Tahun 2020.



Senarai Acara Pertandingan

Berikut adalah senarai acara pertandingan yang ditawarkan secara dalam talian:


Acara Sekolah Rendah

Kategori

1.    Tarannum Siber

Lelaki

Perempuan

2.    Khat Siber

Lelaki

Perempuan

3.    e-Daie Cilik

Lelaki

Perempuan

4.    e-Kalam ‘Arabiy

Lelaki

Perempuan

5.    e-Hafazan Al-Quran

Lelaki

Perempuan

6.    e-Pertandingan Nyanyian Solo Lagu Kerohanian

Terbuka Sekolah Rendah


 

Acara Sekolah Menengah

Kategori

1.    Tarannum Siber

Lelaki

Perempuan

2.    Khat Siber

Lelaki

Perempuan

3.    Daie Siber

Lelaki

Perempuan

4.    e-Kalimatus Sobah

Menengah Atas

5.    e-Hafazan Al-Quran

Lelaki

Perempuan

6.    e-Pertandingan Nyanyian Solo Lagu Kerohanian

Terbuka Sekolah Menengah

7.    e-Pertandingan Deklamasi Sajak Kemerdekaan

Terbuka Sekolah Menengah

8.    e-Pertandingan Deklamasi Syair Adab dan Nilai

Terbuka Sekolah Menengah

9.    e-Pertandingan Qiraatus Sab’ie Bit Tarannum

Menengah Rendah

Menengah Atas

10. e-Pertandingan Tahfiz Al-Quran (Terbuka)

1.    Juzuk 1-20

2.    Juzuk 1-30







Pertandingan Untuk Murid Berkeperluan Khas (MBK) 

1.    e-Tarannum Pendidikan Khas Sekolah Rendah

1.1. Masalah Pembelajaran Lelaki

1.2. Masalah Pembelajaran Perempuan

1.3. Kurang Upaya Penglihatan Lelaki

1.4. Kurang Upaya Penglihatan Perempuan

 

2.    e-Tarannum Pendidikan Khas Sekolah Menengah

2.1. Masalah Pembelajaran Lelaki

2.2. Masalah Pembelajaran Perempuan

2.3. Kurang Upaya Penglihatan Lelaki

2.4. Kurang Upaya Penglihatan Perempuan

 

3.    e-Hafazan Al-Quran Pendidikan Khas Sekolah Rendah

3.1. Masalah Pembelajaran Lelaki

3.2. Masalah Pembelajaran Perempuan

3.3. Kurang Upaya Penglihatan Lelaki

3.4. Kurang Upaya Penglihatan Perempuan

 

4.    e-Hafazan Al-Quran Pendidikan Khas Sekolah Menengah

4.1. Masalah Pembelajaran Lelaki

4.2. Masalah Pembelajaran Perempuan

4.3. Kurang Upaya Penglihatan Lelaki

4.4. Kurang Upaya Penglihatan Perempuan

 

5.    e-Bercerita Pendidikan Khas Sekolah Rendah (Muslim sahaja)

5.1. Masalah Pembelajaran Lelaki

5.2. Masalah Pembelajaran Perempuan

5.3. Kurang Upaya Pendengaran Lelaki

5.4. Kurang Upaya Pendengaran Perempuan

 

6.    e-Syarahan Pendidikan Khas Sekolah Menengah (Muslim sahaja)

6.1.        Masalah Pembelajaran Lelaki

6.2.        Masalah Pembelajaran Perempuan

6.3.        Kurang Upaya Pendengaran Lelaki

6.4.        Kurang Upaya Pendengaran Perempuan

 

7.    Nyanyian solo lagu dakwah kategori terbuka (Muslim sahaja)

7.1.        Murid Lelaki

7.2.        Murid Perempuan

 

8.    e-Deklamasi Sajak Nilai Murni Pendidikan Khas (Bukan Muslim sahaja)

8.1.        Bermasalah Pembelajaran Murid Lelaki Sekolah Menengah

8.2.        Bermasalah Pembelajaran Murid Perempuan Sekolah Menengah


18 Mar 2020

PELANJUTAN TARIKH TUTUP SAYEMBARA PENULISAN KISAH INSPIRASI, DEKLAMASI SAJAK DAN PERTANDINGAN VIDEO PENDEK,
BERTERASKAN NILAI PERINGKAT
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
TAHUN 2020





Download syarat lanjutan

Pihak urus setia Sayembara Kisah Inspirasi, Deklamasi Sajak dan Pertandingan Video Pendek Berteraskan Nilai  Peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2020 memahami akan kesukaran yang dialami oleh guru-guru dan murid-murid sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19, terutama dalam menguruskan aspek penghantaran penyertaan sayembara.
Untuk itu, dimaklumkan bahawa tarikh tutup sayembara tersebut dilanjutkan kepada 30 April 2020. Makluman lanjut bagi penyertaan sayembara ini boleh dirujuk kepada syarat penyertaan yang dilampirkan bersama makluman ini. Sekian

BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
18 MAC 2020


12 Mar 2020


Penarafan surau dan musalla sekolah  dilaksanakan bagi tujuan memastikan keterlibatan semua sekolah dalam mengurus surau dan  musalla masing-masing.

Pengenalan
Mulai 2020, semua surau dan musolla sekolah-sekolah KPM akan dilibatkan dalam proses penarafan (star rating). 

Matlamat
Ke arah menjadikan surau dan musalla sekolah KPM sebagai pusat kecemerlangan adab dan nilai melalui urustadbir  yang baik,  dan bersistematik.  

Objektif
i) Menilai dan mengukur keberkesanan dan kecekapan pengurusan surau dan musalla
sekolah sekolah KPM
ii) Memperkasa elemen kreativiti dan inovasi sebagai budaya kecemerlangan surau dan
musalla sekolah sekolah KPM
iii) Memberi pengiktirafan secara formal kepada pengurusan surau dan musalla sekolah
yang mencapai tahap penarafan 5 bintang

Takwim
Kendiri (Sekolah)-Feb 2020
Verifikasi PPD dan JPN-Mei-Jun 2020
Verifikasi BPI-Julai  2020
Majlis Anugerah-November 2020


Borang
https://tinyurl.com/PERSISS-2020

Download bahan di sini








6 Feb 2020





Download syarat pertandingan bahan di sini. terkini. perubahan pada bilangan peserta untuk acara2 MALQUSS

Download borang pertandingan bahan di sini.

Download tajuk syarahan agama bahasa mandarin



Pengenalan
Merupakan himpunan pertandingan bercorak penampilan dan Bahasa

Matlamat
Meningkatkan kemahiran murid berkaitan bahasa dan ilmu berkaitan Al-Quran.

Objektif
1. Mengembangkan bakat peserta dalam bidang seni tarannum dengan bacaan qiraat.
2. Mencungkil bakat peserta dalam kemahiran pengucapan awam.
3. Mengembangkan potensi peserta dalam bidang ilmu agama dan komunikasi pelbagai Bahasa.

Pengisian
1. Qiraatus Sab’ie bit Tarannum (Menengah Rendah /Menengah Atas)
2. Hiwar (Menengah Rendah/ Menengah Atas)
3. Eksplorasi Ilmu (Bahasa Arab, Ilmu Wahyu) (Menengah Rendah/ Menengah Atas)
4. Mimbar Daie Bahasa Melayu Sekolah Menengah ( Lelaki/Perempuan)
5. Mimbar Daie Bahasa Mandarin Sekolah Menengah ( Lelaki/Perempuan)



3 Feb 2020





Download syarat dan peraturan pertandingan khat sekolah KPM 2020

Download soalan pertandingan khat sekolah KPM peringkat daerah 2020 


Pengenalan

Pertandingan ini bertujuan mengembangkan bakat murid dalam bidang seni tulisan khat dan membantu murid menghayati ajaran Islam berdasarkan ayat Al-Quran dan Hadith dalam karya yang dihasilkan.

Seni khat yang mengandungi bentuk tulisan yang mudah dan rumit serta sarat dengan makna, falsafah, dan simbol merupakan lambang keindahan budaya dan warisan tradisi yang sangat tinggi nilainya.


----------------------------------------------------------------------------------

Download PDF buku rujukan khat pelbagai bahasa

Download perisian tulisan khat di google play


2 Feb 2020




Download dokumen penuh di sini





A.        PENDAHULUAN
Syarat pertandingan ini digubal bagi memberikan panduan kepada para peserta Sayembara Penulisan Kisah Inspirasi, Deklamasi Sajak, Pertandingan Video Pendek, Berteraskan Nilai Peringkat  Kementerian Pendidikan Malaysia tahun 2020. Ia dianjurkan oleh Cawangan Pembangunan Program Adab dan Nilai, Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia. Sila baca syarat pertandingan dengan teliti.

Kategori dalam pertandingan ini ialah:

KATEGORI 1: SAYEMBARA PENULISAN KISAH INSPIRASI BERTERASKAN NILAI (terbuka kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dan kakitangan yang berkhidmat dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (sekolah KPM, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri, Bahagian KPM). Ini termasuk pensyarah dan kakitangan di Institut Pendidikan Guru, Institut Aminuddin Baki dan Pusat Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia.

KATEGORI 2: DEKLAMASI SAJAK (terbuka kepada murid-murid sekolah menengah tingkatan satu hingga lima sekolah-sekolah  yang bernaung di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia)

KATEGORI 3: PERTANDINGAN VIDEO PENDEK BERTERASKAN NILAI (terbuka kepada gabungan  guru dan murid sekolah-sekolah  Kementerian Pendidikan Malaysia (seorang guru dan 2 orang murid sepasukan)

1 Feb 2020





Download bahan di sini

Syarat dan peraturan
Borang pertandingan nasyid, azan dan iqamah

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Pengenalan
Merupakan aktiviti di peringkat negeri dan kebangsaan yang menggabungkan kem dan pertandingan untuk murid orang asli dari 7 buah negeri (Selangor, Perak, N.Sembilan, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan).

Matlamat
Meningkatkan kefahaman murid berkaitan syariat Islam dan mencungkil bakat murid.

Objektif
Mengembangkan potensi murid dlm kemahiran membaca & menghafaz Al-Quran, azan & iqamah.
Mencungkil bakat murid dalam kemahiran pengucapan awam.
Meningkatkan kemahiran seni nyanyian berunsur dakwah.
Memupuk penghayatan ibadah & akhlak Islamiah.


30 Jan 2020



Tajuk
Panduan Etika dan Profesionalisme Kehakiman Aktiviti Dakwah Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2018  dan hendaklah mula digunapakai bermula pada 1 Januari 2018.

Pemakaian
Panduan ini hendaklah digunapakai bagi semua aktiviti dakwah di peringkat
Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian
Pendidikan Malaysia.

Matlamat
Menjelaskan etika hakim yang perlu dipatuhi sebelum, semasa dan selepas
penghakiman agar keadilan dan ketelusan dapat disepakati bersama.

Objektif
1. Pendedahan etika kehakiman secara professional.
2. Meningkatkan kualiti dan prestasi hakim.
3. Memperkembangkan potensi hakim dalam bidang kehakiman.

Tanggungjawab Unit Pendidikan Islam PPD dan Sektor Pendidikan Islam
JPN
Satu slot penerangan etika hakim hendaklah diadakan sebelum penghakiman
acara bermula.


Muat turun Panduan Etika dan Profesionalisme Hakim Pertandingan versi PDF

Muat turun Panduan Etika dan Profesionalisme Hakim Pertandingan versi Word

Muat turun Panduan Etika dan Profesionalisme Hakim Pertandingan versi Powerpoint