2 Feb 2020

Sayembara Penulisan Kisah Inspirasi, Deklamasi Sajak Dan Pertandingan Video Pendek, Berteraskan Nilai Peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2020




Download dokumen penuh di sini





A.        PENDAHULUAN
Syarat pertandingan ini digubal bagi memberikan panduan kepada para peserta Sayembara Penulisan Kisah Inspirasi, Deklamasi Sajak, Pertandingan Video Pendek, Berteraskan Nilai Peringkat  Kementerian Pendidikan Malaysia tahun 2020. Ia dianjurkan oleh Cawangan Pembangunan Program Adab dan Nilai, Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia. Sila baca syarat pertandingan dengan teliti.

Kategori dalam pertandingan ini ialah:

KATEGORI 1: SAYEMBARA PENULISAN KISAH INSPIRASI BERTERASKAN NILAI (terbuka kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dan kakitangan yang berkhidmat dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (sekolah KPM, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri, Bahagian KPM). Ini termasuk pensyarah dan kakitangan di Institut Pendidikan Guru, Institut Aminuddin Baki dan Pusat Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia.

KATEGORI 2: DEKLAMASI SAJAK (terbuka kepada murid-murid sekolah menengah tingkatan satu hingga lima sekolah-sekolah  yang bernaung di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia)

KATEGORI 3: PERTANDINGAN VIDEO PENDEK BERTERASKAN NILAI (terbuka kepada gabungan  guru dan murid sekolah-sekolah  Kementerian Pendidikan Malaysia (seorang guru dan 2 orang murid sepasukan)

No comments:

Post a Comment