1. Kekuatan
1. Kolaborasi dari semua panitia selain panitia
pendidikan Islam dapat membuahkan inovasi aktiviti dan inovasi fizikal serta
meningkatkan kualiti keceriaan surau seterusnya menarik minat pengunjung ke
surau sekolah.
2. Komitmen yang padu dari pengetua dan guru besar serta
dorongan yang mantap dari PPD dan JPN memberikan semangat dalam menjayakan
aktiviti surau.
3. Hubungan dan jaringan surau ke masyarakat luar yang
dilaksanakan dapat mendidik warga sekolah peka terhadap kemiskinan, musibah dan
bencana yang berlaku disekeliling mereka.
4. Impak pengurusan aktiviti dan fizikal yang
cemerlang menunjukkan penurunan kes salahlaku disiplin murid (sifar mengandung
luar nikah) dan peningkatan kehadiran murid ke sekolah dan surau.
2. Kelemahan
1. Terdapat surau yang
dipantau masih tidak menepati pengurusan kewangan yang dikehendaki terutama
berkaitan buku tunai, buku resit, buku baucer dan buku bil.
2. Terdapat sekolah yang tidak bersedia untuk sesi
pembentangan dan ada yang membentangkan perkara yang tiada kaitan dengan
aktiviti surau.
Download Album Penyampaian Hadiah Anugerah Surau IMARAH 2014 di sini
Bagus, manfaat banget
ReplyDelete