13 Jan 2020

Makluman Keputusan Mesyuarat Panel Pakar Syariah (PPS) JAKIM Berkaitan Hukum Muslim Menyertai Pesta Ponggal



Download surat pemakluman berkaitan Pesta Ponggal di sini


MAKLUMAN KEPUTUSAN MESYUARAT PANEL PAKAR SYARIAH (PPS) JAKIM
BERKAITAN HUKUM MUSLIM MENYERTAI PESTA PONGGAL

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Panel Pakar Syariah Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia (JAKIM) kali ke-100 yang bersidang pada 8 dan 9 April 2019 telah
memutuskan berkaitan Hukum Muslim Menyertai Pesta Ponggal.

Pesta Ponggal merupakan perayaan bagi penganut-penganut beragama Hindu.
Oleh yang demikian, JAKIM memutuskan bahawa adalah haram bagi orang muslim
menyertai pesta ponggal terutamanya upacara memasak nasi susu.
Berdasarkan pandangan JAKIM juga, jika terpaksa orang muslim boleh hadir
dengan syarat tidak terlibat dengan sebarang upacara keagamaan seperti.
4.1 Tidak memakai apa jua pakaian khas yang merujuk kepada perlambangan
agama seperti pakaian sami Hindu;
4.2 tidak memakai apa jua peralatan yang memiliki simbol khas agama lain seperti
memakai rantai,membuat tanda keagamaan di dahi dan memakai kalungan bunga;
4.3 Tidak terlibat dengan apa jua ritual yang dilakukan dalam apa jua bentuk dan
keadaan sekalipun;
44 Tidak memasuki rumah ibadat mereka ketika mana upacara ritual agama sedang berlangsung:

4.5 Tidak memaki dan mencaci serta menghina tuhan-tuhan agama mereka; dan
4.6 Harus mengucapkan selamat kepada rakan dan jiran tanpa niat
membelakangkan agama Islam.


YBhg.Datuk/Tuan/Puan dimohon mengambil tindakan memaklumkan kandungan surat ini kepadapegawai yang bertanggungjawab di bahagian, jabatan pendidikan negeri, pejabat pendidikan daerah, pengetua dan guru besar di bawah pentadbiran YBhg. Datuk/tuan/puan.

Segala perhatian dan kerjasama yang diberikan oleh YBhg. Datuk/tuan/puan berhubung
perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menjalankan amanah

No comments:

Post a Comment