Panduan Pelaksanaan Festival Nasyid Sekolah-sekolah (FNSS) KPM Tahun 2020
Peraturan FNSS Tahun 2020
Borang-borang penghakiman 2020
Borang Penyertaan
Borang Akuan Ciptaan
FKISS Borang Akuan Alatan dan Perkusi
Download bahan edaran di sini
-----------------------------------------------------------------------------------
Di dalam menjalankan usaha dakwah, keperluan kepada sesuatu pendekatan yang bersesuaian dengan sasaran merupakan asas kepada dakwah yang berkesan. Kesenian dilihat bukan sahaja sebagai salah satu pendekatan dakwah yang mampu memberi pengaruh serta implikasi kepada golongan sasar malah menjadi wadah untuk menarik tumpuan manusia serta berkesan di dalam merealisasikan mesej dakwah sampai dan diterima umum.
Nasyid dilihat sebagai satu bentuk kesenian yang dijadikan medium terbaik dalam memenuhi tuntutan dakwah dan diminati ramai. Penonjolan seni nasyid telah banyak memberi nafas baru dalam pendekatan dakwah kontemporari.
Justeru, pelaksanaan Festival Nasyid Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (FNSS) merupakan salah satu bentuk aktiviti dakwah kesenian yang dilaksanakan di sekolah rendah dan sekolah menengah yang bertujuan untuk mendidik dan membimbing pelajar agar dapat menghayati ajaran Islam.
--------------------------------------------------------
Keperluan manusia kepada hiburan tidak dapat dinafikan lagi. Pelbagai bentuk hiburan di luar sana mampu mencorak generasi yang bakal dilahirkan nanti. Oleh itu, perlu ada satu hiburan yang dapat membentuk masyarakat yang positif dan holistik. Hiburan yang bermanfaat bukan sahaja dapat mengisi kehendak naluri seorang insan, malah dapat memupuk tingkah laku positif dalam kalangan mereka yang menghayatinya. Genre Nasyid dilihat sebagai satu bentuk hiburan yang dapat memenuhi kriteria ini. Di samping berhibur, murid-murid dapat mengambil manfaat daripada lirik-lirik nasyid yang mengajak kepada perkara positif.
Justeru, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersetuju untuk menganjurkan Pertandingan Nasyid dalam Festival Kesenian Islam Sekolah-Sekolah KPM pada tahun 2020 bertujuan untuk memupuk minat sambil mengasah bakat seni hiburan nasyid dalam kalangan murid-murid melalui pertandingan ini. Sehubungan dengan itu, KPM telah menyusun dan menyelaras Peraturan dan Syarat Pertandingan Nasyid sebagai asas panduan dalam penganjuran pertandingan tersebut pada semua peringkat.
Rujukan
http://www.almishbahjurnal.com/index.php/al-mishbah/article/view/71
Muhammad, Shaipuddin (2009) Peranan teknik vokal dalam persembahan nasyid kontemporari di sekolah. Masters thesis, Universiti Pendidikan Sultan Idris.