10 Apr 2014

Daurah Hadith 40


Aktiviti sampingan dan pilihan bagi menyemarakkan lagi bulan dakwah.

KERTAS CADANGAN
TAJUK
MAJLIS KHATAM KITAB HADITH 40.

TUJUAN
1.        Kertas ini berkenaan dengan penganjuran Majlis Khatam Kitab Hadith 40.

LATARBELAKANG
2.        Di kalangan para habaib, tradisi membaca hingga khatam kitab Shohih al-Bukhari terutama sekali dalam bulan Rajab telah berjalan sudah ratusan tahun. Menurut penjelasan Habib Salim asy-Syathiri, tradisi Khatam Bukhari pada bulan Rajab telah dimulakan oleh Syaikh Abul Khair Ahmad bin Manshur asy-Syammadz, seorang ulama ahli hadits yang 'abid dari Kota Zabid. Beliaulah yang telah mengajak kaum muslimin untuk membaca dan mentelaah sehingga tamat akan Shohih al-Bukhari di Masjid Jami' Zabid.

3.        Kota Zabid ini telah melahirkan ramai ulama terkemuka, antaranya ialah Imam Zainuddin Ahmad bin 'Abdul Lathif az-Zabidi (w. 893H) . Beliau inilah yang telah menulis ringkasan Shohih al-Bukhari yang diberinya jodol "at-Tajridush Shorih li ahaadits al-Jami' ash-Shohih". Maka di sesetengah tempat, “Khataman al-Bukhari” dilaksanakan dengan membaca dan menamatkan kitab mukhtashar ini..

4.        Pada 1 Jun 2013 bersamaan 22 Rejab 1434H telah berlangsung Majlis Khatam bagi Kitab Sahih Bukhari buat kali yg ke-11 di Madrasah Miftahul Ulum, Sri Petaling. Majlis ini disampaikan dan di ijazahkan sanad oleh Syeikhul Hadith Maulana Abdul Hamid Hafidzahullah yang sanadnya bersambung sehingga kepada Al-arifbillah Imam Shah Waliyullah Dehlawi (seorang wali Allah yang alim dalam bidang hadith dan kesufian) dan bersambung sehingga kepada Imam Bukhari rah.

5.        Disebut dalam Kitab Syarah Hadith 40 susunan Imam Ali bin Daud Al-Athor (ibnu Athor) yang merupakan anak murid Imam Nawawi pada mukasurat 12 menyebut bahawa beliau mendengar gurunya membacakan kitab Hadith 40 dengan bacaan yang jelas dan baik sedangkan ditangan kami masing-masing ada naskhah kitab tersebut dalam satu majlis pada hari selasa 12 Ramadhan 673H di Madrasah Rawahiyah, Damsyiq.

PERKARA YANG HENDAK DICADANGKAN:

6.        Nama Program
Majlis  Khatam Kitab Hadith 40.

7.        Matlamat
Meneruskan kesinambungan tradisi membaca dan khatam kitab rujukan utama dalam Islam.

8.        Objektif
8.1        Menanam minat membaca, menghayati dan mengamalkan isi kandungan Hadith dalam kalangan peserta.
8.2        Memberi motivasi dan kesedaran kepada peserta tentang keunggulan Hadith sebagai warisan dari manusia agung.
8.3        Meluaskan ilmu pengetahuan seiring dengan saranan “Pendidikan Islam Sepanjang Hayat”.
8.4        Menyediakan barisan pencinta ilmu Hadith di peringkat remaja dan dewasa.
8.5        Mengeratkan ukhuwah dan mahabbah berteraskan nilai-nilai murni dan suci berteraskan Hadith.

9.        Tema
“AL-HADITH MENJANA TRANSFORMASI UMMAH WASATIYYAH”

10.      Tarikh & Masa


11.      Tempat


12.      Penyertaan
12.1     Terbuka kepada semua muslimin dan muslimat.

13.      Aturcara Program
13.1     8.30 : Pendaftaran
13.2     9.00 : Majlis bermula
13.3     10.30 : Rehat & minum pagi
13.4     11.00 : Majlis diteruskan
13.5     11.30 : Majlis Penutupan.

14.      Kaedah Pelaksanaan
Seorang peserta akan membaca matan Hadith. Kemudian akan diikuti dengan bacaan terjemahan maknanya. Selepas itu naqib akan mengulas Hadith tersebut secara ringkas. Kaedah ini akan berterusan sehingga tamat membaca Hadith yang ke 45.

15.      Jawatankuasa Pelaksana
        (Mengikut keperluan)


No comments:

Post a Comment