Download dokumen penuh di sini
A. PENDAHULUAN
Syarat pertandingan ini digubal bagi memberikan panduan
kepada para peserta Sayembara Penulisan Kisah Inspirasi, Deklamasi Sajak,
Pertandingan Video Pendek, Berteraskan Nilai Peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia tahun 2020.
Ia dianjurkan oleh Cawangan Pembangunan Program Adab dan Nilai, Bahagian
Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia. Sila baca syarat pertandingan dengan teliti.
Kategori dalam pertandingan
ini ialah:
KATEGORI 1: SAYEMBARA PENULISAN KISAH INSPIRASI BERTERASKAN
NILAI (terbuka
kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dan kakitangan yang
berkhidmat dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (sekolah KPM, Pejabat
Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri, Bahagian KPM). Ini termasuk
pensyarah dan kakitangan di Institut Pendidikan Guru, Institut Aminuddin Baki
dan Pusat Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia.
KATEGORI 2: DEKLAMASI SAJAK (terbuka kepada murid-murid sekolah menengah tingkatan satu hingga
lima sekolah-sekolah yang bernaung di
bawah Kementerian Pendidikan Malaysia)
KATEGORI
3: PERTANDINGAN VIDEO PENDEK BERTERASKAN NILAI (terbuka kepada gabungan guru dan
murid sekolah-sekolah Kementerian
Pendidikan Malaysia (seorang guru dan 2 orang murid sepasukan)
No comments:
Post a Comment