Assalamualaikum semua. Di sini saya ingin berkongsi idea-idea kreatif yang mungkin dapat membantu kita mengimarahkan surau sekolah.
Sebelum itu tuan puan dijemput menonton montaj Surau Imarah 2014.
Dana surau dapat dijana dengan menggerakkan tabung mingguan sebanyak 10 sen setiap murid pada setiap hari Jumaat. Jika murid Islam di sesebuah sekolah berjumlah 500 orang sudah tentu RM50 dapat dikumpulkan untuk membantu keceriaan dan aktiviti surau.
Wakaf sangat membantu pembangunan surau. Peluang mewakafkan wang tunai perlu dibuka agar seluruh warga sekolah serta ibubapa sedar betapa besarnya pahala orang yang mewakafkan hartanya di jalan Allah.
Maksudnya: Sesiapa yang membina masjid, nescaya Allah Ta'ala akan membina untuknya seumpamanya di syurga.
2. Landskap
Landskap yang cantik perlu ada rumput yang hijau dan bunga yang berwarna warni dan kemudahan rekreasi yang mendamaikan hati. Ia boleh dicapai melalui sarana Ibubapa (PIBG) atau melalui pembahagian sudut kepada panitia-panitia sekolah. Kolaborasi panitia kebiasaannya menghasilkan landskap yang cantik bergantung kepada kreativiti guru-guru.
3. Cat dinding dan mural.
Cat dinding seharusnya kemas dan ceria dan sesuai dengan iklim surau. Dinding yang kosong tidak berfungsi menambah pengetahuan agama murid-murid. Ia seharusnya dipenuhkan dengan mafhum ayat Al-Quran. hadith atau kata-kata hikmah. Lukisan frame dapat membantu menghadkan kawasan dan menaikkan seri adunan warna.
4. Aktiviti.
Aktiviti yang terdapat dalam instrumen tidak sepatutnya ditinggalkan. Bahkan ia perlu ditambah dengan kreativiti dakwah bagi menarik minat murid ke surau dan menambah pengetahuan murid tentang Islam. Inovasi aktiviti seperti panduan memotong kuku, tabung amanah jualan alat tulis (ala jualan air mineral di masjid), gotong-royong di kuburan, tabung bantuan kemanusiaan mangsa banjir telah menjadi kebiasaan bagi surau yang aktif.
5. Kemenjadian
Bukti kemenjadian perlu dikumpulkan bagi menguatkan bukti pelaksanaan surau dapat memberi impak yang baik kepada pembangunan akhlak dan penghayatan Islam murid. Penurunan kes salahlaku dan peningkatan akademik berkait rapat dengan aktiviti surau.
7. Replika
Replika yang menarik seperti replika kaabah (menarik minat menunaikan ibadah haji dan umrah), replika kubur (adab ziarah kuburan), tongkat istiwa' dan jam matahari.
8. Buku Tunai
Catatan kewangan yang ringkas perlu direkod dalam buku tunai. Buku tunai punyai 3 kolum (debit, kredit, balance). Bahagian baki (balance) penting bagi melaporkan baki kewangan sedia ada. Pengurusan kewangan yang cekap dan telus mampu menarik orang ramai menyumbang ke tabung surau.
9. Sudut pameran dan informasi
Surau harus ada daya penarik. Antaranya ialah sudut pameran yang berkait dengan kurikulum pendidikan Islam dengan mempamerkan bahan maujud. Begitu juga papan kenyataan yang memuatkan maklumat menarik tentang Islam.
10. Fail
Pengurusan fail yang kemas dan teratur mencerminkan ketelitian dan kesungguhan.
11. Bilik air dan tempat wudhuk
12. Radio sekolah dan galeri
Assalamualaikum. Amat menarik perancangan yang dibuat. Ada aktiviti yang mendorong saya untuk melaksanakannya di sekolah saya. Mohon izin untuk saya mengaplikasikannya ya.
ReplyDeleteSilakan
DeleteTahniah hebat semua..semoga Allah memberkati semuanya
ReplyDeleteTahniah hebat semua..semoga Allah memberkati semuanya
ReplyDeleteAlhamdulillah dan tahniah di atas kesungguhan anda semua....
ReplyDeleteAlhamdulillah dan tahniah di atas kesungguhan anda semua....
ReplyDeleteMohon izin utk menjadikannya sbg inspirasi di surau sekolah saya
ReplyDeleteTahniah untuk semua, izinkan saya untuk menjadikan bahan 2 sebagai idea sekolah saya
ReplyDeletetahniah untuk idea2 terbaik. izinkan saya untuk menjadikan bahan sbg contoh. Bagaimana dgn amalan terbaik seperi susun kasut plr.Ada tk yg boleh b
ReplyDeleteassalamualaikum ustaz..
ReplyDeleteada tak contoh slaid utk pembentangan kepada pemantau?kalau ada,mohon share..terima kasih
Ada tapi tak boleh share sebab bimbang jadi ikutan. ustazah buat yang simple jer ikut instrumen penilaian tu.
DeleteTahniah... banyak info yang boleh diaplikasikan oleh sekolah-sekolah dalam usaha mengimarahkan surau/ musalla sekolah masing-masing...
ReplyDeleteTahniah ustaz AlHuzaee atas komitmen yang berterusan dalam usaha memartabatkan ASISS ,Saya sangat berbangga atas kejayaan surau2 sekarang.Terharu bila mengimbau kembali susah senang mengharung cabaran untuk kepuncak ,alhamdulilah berjaya sebagai JOHAN kebangsaan KPM kali pertama 2013.Menjadi kenangan manis kami meredah denai yang belum dirintis dengan penuh semangat setia kawan..subhanallah...Alhamdulillah..Terimakasih ust Najib,Ust Mahmood (JPNJ)dan ust Huzaee atas segalanya.Nor Laila bt Salehan .KP/PI SK SERI TELOK,BP,JOHOR.
ReplyDeleteterbaik.. jd idola sy unt realisasikan d sk baharu sy bertugas.. tahniah.. teruskan usaga murni ini
ReplyDeletejazakallah ya ustaz atas perkongsian yg sgt bermanfaat
ReplyDeleteAssalam ustaz. Boleh tahu berapa lama persediaan untuk menghasilkan 'impak' yang sedemikian rupa? Kagum saya atas segala usaha dan amalan yang di lakukan. Tahniah!!
ReplyDeleteSalam.. Saya baru nak bermula program ni. Harap dapat tunjuk ajar pandangan idea
ReplyDeleteAssalam ustaz. perkongsian yang sangat membantu. mohon izin share maklumat yang berkaitan
ReplyDeleteHebat.
ReplyDeleteBagus, bermanfaat kak
ReplyDeleteassalammualaikum ustz, hebat surau sek ustaz..sy mohon share idea ni ye utk sek sy pla..😊
ReplyDelete