12 Feb 2015

Pengurusan Dakwah & Syiar Islam, Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia akan melaksanakan Pemantauan Aktiviti Dakwah Sekolah Rendah dan Menengah KPM di seluruh negeri yang akan bermula pada 1 Februari 2015 hingga 31 Oktober 2015.


Download Instrumen Pemantauan Aktiviti Dakwah 2015 di sini

1 Feb 2015


1.    Kekuatan

1.      Kolaborasi dari semua panitia selain panitia pendidikan Islam dapat membuahkan inovasi aktiviti dan inovasi fizikal serta meningkatkan kualiti keceriaan surau seterusnya menarik minat pengunjung ke surau sekolah.

2.      Komitmen yang padu dari pengetua dan guru besar serta dorongan yang mantap dari PPD dan JPN memberikan semangat dalam menjayakan aktiviti surau.

3.      Hubungan dan jaringan surau ke masyarakat luar yang dilaksanakan dapat mendidik warga sekolah peka terhadap kemiskinan, musibah dan bencana yang berlaku disekeliling mereka.

4.      Impak pengurusan aktiviti dan fizikal yang cemerlang menunjukkan penurunan kes salahlaku disiplin murid (sifar mengandung luar nikah) dan peningkatan kehadiran murid ke sekolah dan surau.




2.    Kelemahan

1.      Terdapat surau yang dipantau masih tidak menepati pengurusan kewangan yang dikehendaki terutama berkaitan buku tunai, buku resit, buku baucer dan buku bil.


2.      Terdapat sekolah yang tidak bersedia untuk sesi pembentangan dan ada yang membentangkan perkara yang tiada kaitan dengan aktiviti surau.