12 Aug 2014

KHATAM AL QURAN SECARA JAMA'IE GROUP WHATSAPP

  


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
KHATAM AL-QURAN SECARA JAMA'IE GROUP WHATSAPP
Pengenalan ;
Khatam al-Quran secara jama'ie di whatsapp adalah inisiatif Badan Kebajikan BPI 2014/2015

Setiap ahli group diberi tanggungjawab untuk membaca 1 muka surat sahaja setiap hari dengan niat menyempurnakan bacaan yg dipertanggungjawabkan ke atas setiap kumpulan.

Hasil tolong menolong ini setiap hari ahli kumpulan ini dapat membaca sekurang-kurangnya 2 muka surat dari al-Quran. 

Mungkin sehingga tahun hadapan ahli kumpulan sudah dapat khatam beberapa kali.

Setiap kali khatam semua ahli kumpulan akan dipertanggungjawabkan untuk membaca doa khatam al-Quran secara bersendirian dan memohon doa dan hajat peribadi kepada Allah .

Sekalipun cara ini bukanlah kaedah khatam yang diamalkan secara tradisi, kerana cara khatam yg sebenar setiap orang mestilah membaca dari awal al-Quran hingga akhir. Namun kita ada target dan tujuan tersendiri.

Tujuan :
1. Agar setiap hari para sahabat ada peruntukan waktu khas untuk al-Quran . Kalau dulu waktu kanak kanak setiap lepas maqhrib kita baca al-Quran. Hari ini ada orang yang tidak ada langsung waktu untuk al-Quran.
2. Melatih sifat jujur dan amanah terhadap para ikhwah.
3. Berlumba2 dalam perkara ma'ruf.
4. Meniatkan pahala bacaan al Quran untuk setiap arwah ahli keluarga semua dlm group ni khususnya dan arwah muslimin secara amnya.
5. Memanfaatkan ict dalam ibadah agar ia tidak melalaikan ahli dgn gajet sehingga tidak beri peluang membuat pahala.
6. Membina semangat kesetiaan terhadap kumpulan.

PERLAKSANAAN
1. Group whatsapp baru perlu diwujudkan dan dipenuhkan kuotanya khusus untuk tujuan ini.
2. Admin khatam akan masukkan senarai muka surat dan juzuk Al Quran. Kemudian ahli group akan masukkan nama sendiri guna copy, paste, edit, send.
3. Ahli akan membaca Al Quran mengikut masa kelapangan dan kemampuan diri sendiri.
4. Ahli dibenarkan mengepos nama sendiri untuk "booking page" yang sedang di buka dan membaca bila-bila masa yang dirasakan sesuai.
5. Ahli yg belum sempat laksanakan bacaan atau yang tidak dapat berikan komitmen akan silent.

Khatam Al-Quran Kump A Badan Kebajikan BPI
Round 1
Juzuk 1: muka surat
1-2 : Alhuzaee sulaiman
3-4 :
5-6 :
7-8 :
9-10:
11-12:
13-14:
15-16:
17-18:
19-20:
21:

Khatam Al-Quran Kump A Badan Kebajikan BPI
Round 1
Juzuk 2: muka surat
1-2 :
3-4 :
5-6 :
7-8 :
9-10:
11-12:
13-14:
15-16:
17-18:
19-20:

* Setiap juzuk ada 20 mukasurat kecuali juzuk 1 (21 muka surat) dan Juzuk 30 (22 muka surat)

Jazakumullah

3 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.. Blh add saya.. saya.. sama nk khatam Al quran :)
    0178769413

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum.. Blh add saya..01133397836(ahmad)

    ReplyDelete